ISMA sokong penubuhan ‘Lawyers for Islam’


BANGI, 17 November – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyokong penuh inisiatif Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menubuhkan kumpulan ‘Lawyers For Islam’.

Timbalan Presiden ISMA, Tuan Hj. Aminuddin Yahaya berkata, badan-badan Islam seperti institusi kerajaan dan NGO selalu mengalami kekurangan pakar dalam aspek nasihat dan bantuan perundangan.

“Sedangkan golongan-golongan liberal sentiasa bersiap sedia dengan kumpulan peguam yang mempertahankan apa sahaja yang mereka lakukan.

“Jadi cadangan penubuhan kumpulan peguam Islam itu sangat bersesuaian sekarang ini, bukan sahaja boleh menyatukan peguam-peguam Islam tetapi juga menjadi rujukan kepada NGO-NGO dan sesiapa sahaja yang mahu memperjuangkan dan mempertahankan Islam,” katanya kepada wartawan.

Kumpulan ‘Lawyers For Islam’ tersebut ditubuhkan beberapa hari yang lepas dengan tujuan untuk memberikan bantuan dan nasihat perundangan kepada kerajaan dan institusi-institusi berkaitan Islam.

Penubuhan kumpulan tersebut susulan daripada keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan golongan lelaki berpakaian seperti wanita dengan memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah di sisi Perlembagaan.

Kumpulan ‘Lawyers For Islam’ dilaporkan akan membantu responden kes itu untuk memfailkan kebenaran merayu kes itu supaya dibicarakan di Mahkamah Persekutuan untuk diberi pertimbangan semula.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?