Isu babi – Pihak berkuasa tidak jalan tanggungjawab
BANGI, 3 November – Kegagalan pihak berkuasa menjalankan tugas menyebabkan hampir 95 peratus pusat penternakan babi di negara ini gagal mematuhi syarat serta standard yang telah ditetapkan.
Demikian ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Katanya, dalam isu penternakan babi ini, sepatutnya pihak kerajaan negeri, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan semua pihak yang mengendalikan projek ini harus secara tegas memantau dan melaksanakan tanggungjawab.
“Bukan membiarkan kandang babi ini terbiar tidak menepati standard sehingga menyusahkan orang lain.
“Banyak masalah jika tidak ikut syarat. Kesan daripada penternakan babi akan menyebabkan pelbagai penyakit yang bahaya.
“Lihat saja sungai pun boleh mati akibat najis babi ini,” katanya kepada wartawan ISMAweb.
Media tempatan hari ini melaporkan bahawa hampir 95 peratus pusat penternakan babi di negara ini gagal mematuhi syarat serta standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Berdasarkan rekod, hanya terdapat 38 daripada 737 pusat penternakan yang patuh dengan syarat-syarat tersebut pada masa ini.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan