Isu gereja: Nik Nazmi tidak peduli sensitiviti orang Islam


BANGI, 6 November – Kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung isu pembinaan sebuah gereja di bandar Sunway, Petaling Jaya boleh disifatkan sebagai kenyataan yang semberono tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk muslim di kawasan itu.

Penduduk setempat, Mohd Haziq Mohd Isa berkata, sememangnya Islam tidak menghalang pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

“Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang ini ialah kawasannya yang tidak bersesuaian. Apatah lagi ia dibina berhadapan dengan flat perumahan yang mana majoritinya adalah muslim.

“Nik Nazmi patut lebih tahu komposisi rakyat mengikut agama, dan sepatutnye beliau lebih tahu saiz kecil sahaja yang diperlukan untuk orang Kristian kawasan itu,” tegasnya kepada wartawan ISMAweb.

Selain itu menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Amin, Muhammad Arif, sepatutnya Nik Nazmi perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan rancangan pembinaan gereja.

“Ini kawasan majoriti muslim, hampir 80% muslim. Disebabkan kita tidak mempunyai kuasa, kita buat bantahan agar ada pihak berkuasa yang bertindak.

“Sebaliknya Adun Nik Nazmi pula yang mempertahankan pembinaan gereja itu untuk orang Kristian,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?