Kekal Akta Hasutan – ISMA harap ketegangan masyarakat ditamatkan


BANGI, 27 Nov – Pengumuman Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pagi tadi bahawa Akta Hasutan 1948 dikekalkan diharapkan dapat menamatkan ketegangan masyarakat yang dicetuskan oleh puak-puak yang mencabar Islam, menghina Melayu dan mencabar institusi raja.

Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik berkata, beliau berharap agar pengumuman itu juga dapat mendidik pihak-pihak yang ekstrem dan melampau supaya menghormati perlembagaan.

Selain itu katanya, ia juga dapat meredakan kebimbangan mereka yang sayangkan negara terutamanya masyarakat Melayu dan bumiputera.

“Mereka yang sayangkan negara terutama masyakat Melayu dan bumiputera menentang ancaman terhadap keharmonian negara.

“Semangat daripada pengumuman tersebut ialah supaya teras kenegaraan yang menjadi asas kontrak sosial dipertahankan,” kata beliau kepada ISMAweb.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana pandangan dan desakan yang disuarakan oleh NGO Islam dan Melayu telah diambil kira oleh Datuk Seri Mohd Najib.

Ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO ke-68, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Datuk Seri Mohd Najib berkata akta tersebut dikekalkan dan akan dikukuhkan dengan menambah dua peruntukan khas supaya ia lebih berkesan.

“Kita akan masukkan peruntukan khas, pertama kita mahu memastikan akta ini dapat melindungi kesucian agama Islam bahkan agama lain juga tidak boleh dihina.

“Kedua, kita akan masukkan supaya tindakan boleh diambil atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia,” kata beliau.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?