Kenali pakej liberal, jangan biar diri diperbodoh


BANGI, 17 November – Orang Islam perlu memahami pakej yang dibawa oleh golongan liberal dan jangan biarkan diri ditipu atau diperbodohkan oleh mereka, tegas Aktivis Wanita ISMA, Hanan Othman.

Katanya, pakej yang dibawa oleh golongan liberal ini jelas-jelas bertentangan dengan Islam.

“Mereka mencampur adukkan perkara yang baik dan kemudiannya membesar-besarkan kebaikan itu kerana mahu menutup kesalahan besar yang mereka perjuangkan,” katanya ketika berucap dalam forum ‘Aku Perempuan Merdeka’ di Hari Beliawanis 2014 anjuran PEMBINA Melaka semalam.

Beliau yang merupakan tokoh muda wanita ISMA berkata, contoh yang boleh diambil ialah kumpulan feminist liberal seperti Sisters In Islam (SIS).

Mereka seringkali memperjuangkan perkara yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam seperti mengatakan hijab itu bukan tuntutan dalam agama, mentafsirkan al-Quran mengikut fahaman peribadi dan sebagainya.

Namun sebaliknya, apabila kita menyeru pengharaman SIS, mereka berkata dengan nada sayu, ‘apa yang salahnya pada memperjuangkan nasib wanita yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga’.

Maka jelas Hanan, putar belit dan berselindung di sebalik kebaikan seperti itu untuk mempertahankan kumpulan mereka seringkali membawa fitnah serta lebih banyak membawa keburukan kepada masyarakat.

“Itulah ‘pakej’ yang dibawa mereka, dan kita sebagai umat Islam perlu cakna dan tidak terpedaya dengan tipu daya mereka.

“Jadi, saya menyeru kepada semua beliawanis untuk perkukuhkan iman dalam diri, serta banyakkan membaca agar kita memahami ancaman kumpulan liberal terhadap akidah umat Islam.

“Jadilah muslimah yang bijak dan berilmu, agar kita tidak diperbodohkan oleh kumpulan liberal ini,” ujarnya di hadapan mahasiswa-mahasiswa Institut Pengajian Tinggi di Melaka.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?