Keputusan UPSR diumum 26 November


KUALA LUMPUR, 19 Nov  — Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan dikeluarkan pada 26 Nov.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan pada Rabu, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2014 melalui mySMS 15888 dengan perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada pukul 11.59 malam, 2 Dis.

Sejumlah 473,175 calon menduduki UPSR di 8,299 pusat peperiksaan di seluruh negara.

– BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?