Kertas putih tangani ancaman militan IS diedar di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR, 25 Nov – Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS’ diedarkan kepada anggota Parlimen di Dewan Rakyat dan dijadual dibentangkan esok.

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul hari ini menyebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencadangkan bahawa pembentangan Kertas Putih itu perlu, untuk memberi penjelasan mengenai ancaman kumpulan militan IS terhadap keselamatan negara kepada semua lapisan rakyat Malaysia.

“Perdana menteri akan mencadangkan bahawa Dewan ini menyedari akan perlunya bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu dalam semua usaha menangani ancaman kumpulan militan IS.

“… menyokong kerajaan melaksanakan dasar-dasar dan usaha-usaha yang diperkenalkan menangani ancaman kumpulan militan IS, melulus dan merestui dasar-dasar dan usaha-usaha yang diperkenal oleh kerajaan untuk menangani ancaman kumpulan militan IS,” menurut aturan tersebut.

Selain itu, ia itu juga menyebut bahawa Dewan Rakyat menyeru semua lapisan rakyat Malaysia mempergiatkan usaha dan komitmen mereka untuk bersama-sama menyokong kerajaan menangani ancaman berkenaan. – BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?