KLU : Persediaan alam remaja
HULU LANGAT, 25 Nov – Kem Lepasan UPSR (KLU) yang dianjurkan oleh Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) kelolaan Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Shah Alam telah dijalankan dengan jayanya baru-baru ini.
Program yang diadakan di Congkak ECO Resort itu telah bermula jam 8 pagi dan tamat jam 6.30 petang.
Program itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta yang berusia antara 9 hingga 12 tahun tentang persediaan meniti usia remaja, seperti perubahan yang berlaku pada sikap dan tubuh badan dan cara-cara untuk menghadapinya.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Jungle Trekking, explorace dan slot ‘Bila Aku Remaja’.
Rata-rata peserta puas apabila dapat menyertai kem yang sebegini, selain dapat mempelajari ilmu baru.
“Seronok dapat kenal kawan baru dari pelbagai golongan”, ujar Muhammad Aqif Aizan bin Muhammad Kamaruzman, 11 tahun.
“Saya dapat belajar cara-cara mandi wajib”, kata Md Ammar bin Ridwan, 12 tahun.
Istimewa program tini apabila mendapat penyertaan dari dua buah rumah anak yatim iaitu Rumah Anak Yatim Asnaf Al Barakh dan Rumah Anak Yatim Mahabbah.
Mohd Haziqq Mohd Isa
Wartawan ISMAWeb
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan