Laksanakan saranan Muhyiddin jika mahu terus kekal


BANGI, 26 Nov – Intipati ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam di majlis perasmian serentak persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri secara keseluruhannya disambut baik oleh NGO-NGO Islam.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Ustaz Haji Ismail Mina Ahmad berkata, pihaknya menyokong semua pandangan dan saranan Tan Sri Muhyiddin.

“Apa yang diperkatakan adalah penegasan semula oleh UMNO melalui beliau. Jadi UMNO mesti melaksanakan saranan tersebut jika mahu terus kekal.

“Kerana kita akan perhatikan apa yang mereka akan buat untuk Melayu dan Islam selepas ini,” tegasnya ketika dihubungi.

Tan Sri Muhyiddin dalam ucapannya menyeru kepda semua untuk memperteguhkan kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera. Ini kerana katanya, banyak pertubuhan dan individu yang sama ada secara langsung atau tidak langsung telah mempersoalkan hak keistimewaan Melayu, kedudukan istimewa agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu.

Beliau juga mengatakan ketika ini kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baharu dalam soal agama. Saban hari mendengar keluh kesah orang Melayu yang bimbang dengan kesan faham liberalisme dan sekularisme ke atas akidah umat Islam.

Lebih membimbangkan kata beliau ialah wujudnya trend sekularisasi dalam agama, iaitu agama dilihat dalam neraca ideologi sekular liberal Barat yang tercabut daripada akar syariat.

Pengerusi PEMBELA, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin ketika dihubungi berkata, beliau tidak menyangka Tan Sri Muhyiddin boleh memberikan ucapan sebegitu.

“Sangat mengejutkan. Jika sebelum ini, isu-isu berkaitan Islam dan Melayu mereka seperti acuh tidak acuh sahaja.

“Tetapi kali ini berbeza. Ini bermakna ucapan tersebut bukan lagi sebagai isyarat tetapi suatu penegasan.

“Untuk itu, UMNO perlu laksana dan buktikan apa yang mereka ucapkan,” katanya.

Perkara itu dipersetujui Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Katanya, saranan Naib Presiden UMNO itu suatu panggilan yang sangat tepat di mana ketika ini Islam terus diancam.

“Jangan dilengahkan, ianya perlu dilaksanakan kerana kita tidak mahu kelemahan UMNO akan menyebabkan malapetaka kepada umat Islam,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian