MB N9 seru NGO perkukuhkan gerak kerja Islam


SEREMBAN, 21 Nov – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan menyeru kepada semua NGO-NGO Islam di Negeri Sembilan supaya memperkukuhkan gerak kerja dalam usaha untuk memperkasakan Islam.

Katanya, NGO merupakan satu jambatan yang menghubungkan kerajaan dengan masyarakat.

“NGO merupakan jambatan yang perlu kukuh, jika ia akan meruntuhkan masyarakat,” kata beliau dalam satu ucapan sempena upacara penyerahan resolusi Multaqa NGO Islam Negeri Sembilan anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Tambah beliau, NGO-NGO Islam harus tidak bersengketa antara satu sama lain.

“Kita tidak perlu bertembung atau tidak perlu ada pertembungan antara kita.

“Logo yang penting adalah Islam dan jangan kita bersengketa kerana tujuan kita adalah menuju ke matlamat asas yang sama.

“Persengketaan hanya akan melemahkan kita sebagai umat Islam dan harus diketepikan demi untuk kepentingan agama yang suci ini,” ujarnya.

Dato Seri Mohamad juga melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk bertemu dengan dengan 12 NGO-NGO Islam bagi menyampaikan hasratnya.

Katanya, beliau ingin melihat urus tadbir hal ehwal Islam di Negeri Sembilan dapat diperkasakan dan mencapai kepada satu tahap yang boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain.

Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Seremban yang juga terlibat dalam Multaqa NGO Islam ini mengambil peluang untuk berkongsi aspirasi bersama Dato’ Menteri Besar dalam usaha memperkasakan Islam dengan memberikan cenderahati berupa buku 30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Turut sama hadir memeriahkan majlis Naib Presiden 2 ISMA Encik Abdul Rahman Mat Dali, Pengerusi Biro Luar Negara (BLN) ISMA, Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, Naib Yang Di Pertua ISMA Seremban, Ustaz Hj Omar Kassim dan  Tuan Hj Zaim Shaari.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?