Model Keluarga Dakwah ISMA bongkar hala tuju dan cabaran keluarga dakwah


MADINAT NASR, 28 Nov -  Entiti keluarga Islam merupakan salah satu aspek penting dalam pembentukan mujtama’ Muslim. Justeru itu, ISMA Mesir mengambil inisiatif menganjurkan program ‘Model Keluarga Dakwah ISMA’ bagi pasangan ahli ISMA Mesir yang telah berkahwin. Program ini menampilkan Ustazah Razidah Adam, Ketua Biro Wanita dan Keluarga ISMA Seremban dan juga Setiausaha Jabatan Fatwa di Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai penceramah utama.

Antara intipati perkongsian yang telah disampaikan adalah mengenai hala tuju serta cabaran yang sering dihadapi oleh keluarga dakwah. Beliau mengingatkan agar pasangan bijak mengurus komitmen, kepelbagaian personaliti dan menunaikan hak-hak kepada ahli keluarga juga masyarakat sekeliling.

“Walaupun dakwah diletakkan sebagai prioriti utama, namun tanpa keluarga yang stabil dan memahami, dakwah tidak akan mampu pergi jauh,” ujar beliau. “Pembentukan dan pendidikan generasi mujahid juga penting dalam sesebuah keluarga dakwah,” tambah beliau lagi.

Program ini diadakan di Pejabat ISMA Mesir, Hayyu Asyir, Kaherah dan disertai oleh 18 pasangan aktivitis ISMA Mesir

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?