Mutiara di sebalik debu
Oleh: Nurul Izzati Binti Azmi, Tahun 4 Perubatan, Universiti Al-Azhar Kaherah
“Carilah mutiara di sebalik jutaan debu yang berterbangan di bumi Mesir”.
Ucapan yang acapkali saya dengar sebelum meninggalkan tanah air tercinta. Hakikatnya, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menyambung pelajaran di Timur Tengah, lebih-lebih lagi di Mesir.
Pendapat saya secara peribadi, menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Mesir tidak mampu membantu saya untuk menjadi seorang doktor yang berjaya pada masa hadapan. Tambahan pula, khabar angin mengatakan sistem pendidikan di Mesir khususnya di Universiti Al-Azhar tidak setanding dengan sistem pendidikan universiti di Malaysia.
Selain itu, Malaysia banyak digemparkan dengan berita hangat tentang prestasi graduan perubatan dari universiti di Mesir sangat mengecewakan kerana kurang kemahiran klinikal dan ramai yang gagal serta menyerah di pertengahan jalan semasa menjalani ‘housemanship’.
Tanggapan negatif sebegini merunsingkan hingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam fikiran saya. Mampukah sistem pembelajaran di Mesir mambantu saya untuk menjadi graduan perubatan yang berjaya? Atau, saya bakal menyerah kalah?
Tahun yang berlalu banyak mengajar saya untuk lebih yakin dan positif dalam apa jua keadaan. Apa yang berlaku di sekeliling saya secara tak langsung dapat memberi pengajaran dan mendidik diri saya supaya berusaha dengan inisiatif sendiri untuk mendapatkan sesuatu.
Sebagai mahasiswa yang matang, kita mampu merancang sesuatu untuk menampung kekurangan yang ada. Contoh, sistem pembelajaran di Mesir tidak mendedahkan para pelajar dengan kemahiran klinikal. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah menyediakan latihan elektif untuk semua pelajar sains kesihatan. Maka, para pelajar disarankan membuat latihan ini di Malaysia semasa cuti musim panas.
Silibus pembelajaran menggunakan buku-buku yang tidak ‘up-to-date’ dan kurang kemudahan di makmal juga merupakan antara kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, para pelajar boleh menggunakan buku serta laman web kesihatan antarabangsa untuk mendapatkan info terkini.
Walaupun banyak propaganda tentang kelemahan sistem di Mesir, saya tetap berasa bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk berada di sini. Selain berpeluang untuk menguasai bahasa inggeris, saya juga dapat mempelajari dan menguasai bahasa arab melalui perbualan bersama pesakit menggunakan bahasa arab.
Apa yang lebih mengagumkan, setiap pensyarah yang mengajar sentiasa mengaitkan apa yang diajar dengan Pencipta beserta dalil Al-Quran dan Hadith. Nilai tambah inilah yang menjadi keunikan doktor graduan dari Mesir. Di sini saya dapat mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran di samping mendalami ilmu perubatan.
Menyedari bahawa hakikat masyarakat di Malaysia berada dalam kondisi rohani dan jasmani yang amat tenat, saya merasakan tanggungjawab memahami dan mendalami ilmu agama merupakan kewajiban bagi setiap mahasiswa muslim dalam apa jua jurusan.
Sebagai seorang doktor muslim, kita bukan hanya berperanan untuk merawat penyakit luaran. Malah, kita bertanggungjawab untuk merawat penyakit dalaman yang semakin membarah dengan memandu mereka untuk mengembalikan seluruh kehidupan mereka kepada Pencipta sekalian alam. Suka untuk saya akhiri coretan ini dengan memetik sepotong ayat suci Al Quran;
“Dan apabila aku sakit maka DIA lah yang menyembuhkan”
Sumber

Ulasan
Catat Ulasan