Najib, jangan permain kepercayaan Melayu dan bumiputera dalam isu ekonomi
BANGI, 29 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak mempermainkan kepercayaan orang Melayu dan bumiputera dalam isu pembangunan ekonomi.
Dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO, Najib menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional komited dalam memperjuangkan orang Melayu dan Bumiputera dengan bersidang bersama, sekurang-kurangnya sekali setiap bulan, demi menjamin hala tuju agenda pemerkasaan ekonomi Melayu Bumiputera.
Sehubungan itu, tegas Naib Presiden ISMA, Encik Abdul Rahman Mat Dali, Najib perlu mengotakan janji-janjinya.
“Apa yang diucapkan hendaklah beliau tepati. Jangan hanya hendak beretorik,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.
Tambah Encik Rahman, kita tidak mahu setiap kali perhimpunan agung, pidato berkobar-kobar.
“Tetapi tahun demi tahun berlalu, tiada perubahan signifikan berlaku kepada ekonomi Melayu dan bumiputera.
“Masalah Najib ni biasanya bercakap besar semasa perhimpunan agung, sebaliknya apabila kembali ke Putrajaya, dia diatur oleh penasihat-penasihat bukan Islam dan anti Melayu.
“Jadi, kali ini kita mahu lihat PM yang lebih berani dan berwibawa sekaligus mengembalikan semula kepercayaan majoriti orang Melayu termasuk orang UMNO sendiri yang sudah hilang kepercayaan dengan sikap lemah Najib sekian lama,” kata Encik Rahman.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan