NAZIM KL gilap potensi anak-anak hebat


PETALING JAYA, 28 Nov – Potensi anak-anak Kelab Nadi al-Azim (Anak-anak Hebat) atau Kelab NAZIM Kuala Lumpur  (KL) berjaya diketengahkan hasil gilapan semenjak mereka mengikuti program-program kelab ini.

Kehebatan mereka telah ditonjolkan semasa Karnival Alam Ria Kanak-kanak yang diadakan di Masjid Tun Abdul Aziz Petaling Jaya baru-baru ini.

Contohnya mereka menunjukkan bakat bersajak, azan dan bercerita.

“Anak-anak ini sebenarnya sangat proaktif dan berpotensi tinggi jika kita berjaya melatih dan mendidik mereka dengan acuan yang betul sejak kecil.

“Sebagai contoh, anak-anak ahli kelab ini sendiri yang bertanyakan tentang persembahan untuk karnival ini dan menawarkan diri untuk membuat persembahan. Betapa mereka ini ingin menonjolkan diri ke depan setelah melalui pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat bersama kelab NAZIM Kuala Lumpur. Alhamdulillah”, kata Puan Nor Hayati Ismail, Ketua Kelab NAZIM KL.

Menurut Nor Hayati Kelab NAZIM ini berperanan untuk melahirkan umat yang  kualiti.

Hal ini kerana  didikan dan latihan di Kelab NAZIM bersifat Islamik.

“Berprogram itu biasa bagi anak-anak, tetapi sejauh mana impak itu akan melekat dalam diri anak-anak kita? Jadi, kami ada fokus tersendiri bagi memastikan kualiti anak-anak terjamin. Inshaa Allah, ” ujarnya ketika ditemui.

Selain itu juga, Kelab NAZIM KL amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak masjid dan beberapa perbadanan lain dalam menjayakan karnival ini.

“Satu peluang besar bagi kelab NAZIM ini untuk diperkenalkan kepada ibu bapa di sekitar kawasan Petaling Jaya,” tambahnya.

Cik Nurfarahin bt Mohd Sa’ari
Wartawan ISMAWeb

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?