Nelayan ditipu: Kontraktor palsukan tuntutan
KUALA TERENGGANU, 15 November – Kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja baik pulih rumah nelayan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) sepatutnya mengikut spesifikasi dan nilai sebut harga yang ditawarkan.
Menurut sumber, kontraktor yang disyaki terlibat memalsukan tuntutan bagi memperolehi bayaran dari peruntukan yang diberikan kepada Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).
“Penipuan yang dibuat adalah terancang, mereka memalsukan dokumen tuntutan ini termasuk nilai dan jenis barangan yang telah digunakan untuk membaik pulih sesebuah rumah,”katanya.
Kata sumber itu, kontraktor juga dilihat mengambil kesempatan dengan menggesa pemilik rumah untuk menandatangani pengesahan rumah sudah selesai dibaik pulih.
“Mereka ambil tandatangan dari pemilik rumah sebelum kerja baik pulih selesai bagi membolehkan tuntutan bayaran dibuat dengan lebih cepat,”katanya.
Jelas sumber itu lagi, kelemahan prosedur juga dikatakan menjadi punca kontraktor mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
“Isu ini bukan sahaja berlaku di Terengganu bahkan juga dipercayai berlaku melibatkan Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di seluruh negara,”katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan