Penerima anugerah ‘muslim moderate’ bela SIS


BANGI, 4 November – Sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap NGO liberal Sisters in Islam (SIS) adalah selari dengan kriteria muslim liberal yang digariskan oleh RAND Corporation, kata Setiausaha Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.

“Perjuangan liberalisme SIS yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah selari dengan definisi ‘moderate’ mengikut takrif yang dikeluarkan oleh RAND Corporation.

“Sebagai tokoh ‘moderat’ yang pernah diberikan anugerah ‘Moderate Muslim of the Year’ pada tahun 2005 oleh Pusat Pengajian Islam dan Demokrasi (CSID) di Washington kerana pendirian-pendirian liberal beliau, pastinya Anwar akan menyokong SIS,” jelasnya.

Pusat Pengajian Islam dan Demokrasi (CSID) merupakan sebuah NGO yang didanai oleh kerajaan Amerika melalui The Department of State and the U.S. Agency for International Development (USAID) bagi memainkan peranan mempromosi fahaman demokrasi yang tunduk kepada polisi Amerika.

RAND Corporation pula merupakan badan pemikir berpengaruh di Amerika bertanggungjawab menggariskan rancangan ‘Building Moderate Muslim Networks’ yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan Amerika sebagai pendekatan berkesan untuk mengekang kebangkitan umat Islam untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Strategi yang digunakan ialah memberi sokongan moral dan material kepada kelompok muslim liberal bagi mengharungi pertembungan dengan kelompok muslim yang berpegang pada ajaran Islam Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Contoh yang amat nyata sekarang ialah tindakan SIS melawan institusi fatwa negara.

“Mengharamkan SIS bermaksud mematikan salah satu kumpulan minoriti yang memerangi majoriti muslim yang berpegang pada ajaran Islam berpaksikan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, yang diwakili oleh institusi Majlis Fatwa. Tentu sekali Amerika tidak akan bersetuju dengan tindakan pengharaman itu, cuma Amerika tidak perlu bersuara, kerana peranan itu dimainkan dengan sebaiknya oleh tokoh-tokoh muslim liberal di Malaysia, yang kononnya digelar dengan moderat,” ulas Ustaz Hazizi.

“Konsep kebebasan yang muslim liberal perjuangkan amat bertentangan dengan asas-asas Perlembagaan Persekutuan. Mereka sedang berusaha untuk meruntuhkan asas-asas itu agar Malaysia tunduk sepenuhnya kepada kehendak Amerika pada suatu hari nanti,” ujar Ustaz Hazizi menyimpulkan pandangan beliau.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?