Penganjuran KL Summit antara pencapaian besar ISMA
![]() |
Ustaz Abdullah Zaik bersama Syeikh Dr. Ali Osman Taha yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi KL Summit. |
Katanya kepada ISMAweb, ini suatu pencapaian yang besar yang telah dapat kita laksanakan tahun ini.
“Walaupun baru kali pertama, tetapi isu yang dibincangkan sangat baik apatah lagi pemikir-pemikir yang hadir daripada pelbagai latar belakang.
“Ada yang Islamis, ada yang salafi, ada yang sekular, nasionalis dan pelbagai lagi kumpulan telah menyatakan pandangan mereka.
“Jadi saya sangat bersyukur kerana berjaya mengadakan persidangan ini dengan cemerlang,” katanya.
KETERBUKAAN ISMA MENDENGAR PELBAGAI PANDANGAN BERBEZA
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Malaysia-Turkey Friendship Foundation (MTF) menambah, persidangan ini adalah bukti keterbukaan ISMA untuk bertukar pandangan secara aman.
“Tujuan kita ialah untuk mewujudkan satu mimbar atau platform di mana kita dapat menggalakkan perbincangan dan dialog di kalangan pemimpin dan pemikir serata negara Islam.
“Kita mahu resolusi yang diputuskan akan menjadi titik pertemuan dan perbincangan antara semua pada masa akan datang,” ujar Ustaz Abdullah.
KL Summit adalah cetusan idea beliau berdasarkan perkembangan yang berlaku di negara-negara Arab dan Islam. Ia berjaya mengumpulkan lebih 80 pemikir dari lebih 14 buah negara Islam.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan