Persoal sekolah agama – DAP terlampau merendahkan Melayu dan Islam


BANGI, 5 November – Penubuhan sekolah agama yang dikelolakan oleh kerajaan negeri atau Kementerian Pendidikan mahupun persendirian merupakan hak keistimewaan Melayu dan kedaulatan agama Islam yang dijamin perlembagaan, demikian tegas Yang Dipertua Majlis Syura ISMA, Ustaz Sharipuddin Ab Kadir.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia membenarkan penubuhan sekolah jenis kebangsaan (SJK) untuk bangsa lain hanya sebagai merai kehendak bangsa mereka.

Jadi dalam hal ini, Ahli Parlimen DAP, Oscar Ling tidak perlu dan tidak ada hak untuk mempertikai sekolah agama.

“Seharusnya dia memahami inspirasi kontrak sosial yang terkandung dalam perlembagaan yang menyatakan secara jelas kedudukan Islam dan bangsa Melayu dalam perlembagaan.

“Kurikulum di sekolah agama tidak pernah mengajar murid-muridnya memusuhi bangsa dan agama lain di Malaysia kerana matlamatnya sentiasa untuk mendaulatkan perlembagaan.

“Bahkan sekolah agama keseluruhannya menerima pakai kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dan mengikuti pendidikan aliran perdana,” katanya sebagai respon kepada kenyataan Oscar Ling yang mendakwa bahawa sekolah agama turut menjadi punca pemisahan kaum di negara ini.

Menurut Oscar dalam kenyataannya semalam, cubaan sesetengah pihak yang memburukkan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sebagai perkauman turut boleh dikaitkan dengan sekolah agama.

Jelas Ustaz Sharipuddin, DAP lebih suka untuk mengkritik, memburukkan dan mencabar apa yang berkaitan dengan Islam dan Melayu di Malaysia.

Sepatutnya dalam isu ini, penubuhan SJK yang patut dipertikaikan.

“Kenapa perlu ada SJK sedangkan SK telah ada dan bersedia untuk mewujudkan perpaduan kaum.

“Tidak ada negara dan bangsa sebaik negara Malaysia dan bangsa Melayu yang terlalu bertolak ansur sebegini rupa.

“Tetapi DAP terlalu melampau untuk merendahkan Melayu dan Islam di Malaysia.

“Jadi mereka perlu tahu bahawa sekolah agama adalah antara keistimewaan untuk Melayu Islam di Malaysia,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?