Peserta KL Summit sambut pelawaan Tun M kunjungi KLCC

Ketua Perhubungan Luar Biro Politik Hamas Syeikh Jamal Isa dan isteri bergambar bersama Tun Mahathir di pejabat beliau di KLCC.

KUALA LUMPUR, 13 November – Rombongan peserta Persidangan Kuala Lumpur (KL Summit) menerima pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membuat kunjungan ke Bangunan Berkembar KLCC sejurus selepas berakhirnya persidangan itu tengahari tadi.

Mereka dibawa menaiki bas menuju KLCC dan dibawa naik ke Tingkat 86 yang menempatkan pejabat Tun Mahathir.

Tun Mahathir ketika ditemui ISMAweb berkata, beliau berbesar hati menerima kunjungan tetamu luar negara untuk melawat pejabat dan meninjau pemandangan Kuala Lumpur dari bangunan tertinggi itu.

“Kita seronok menerima tetamu dari luar negara. Kadang-kadang mereka tidak kenal bagaimana Malaysia, jadi mereka dapat tengok keadaan di sini dan kita dapat berkenalan dengan lebih mendalam,” kata beliau.

Anggota Kesatuan Ulama Palestin Dr Ibrahim Muhanna berkata, beliau gembira kerana dapat menyertai persidangan ini dan menyifatkan persidangan ini sebagai peluang yang baik dalam mencari jawapan kepada permasalahan dunia Islam.

Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Mesir Dr Muhammad Yusri pula berkata, beliau berharap apa yang telah dibincangkan mampu menyumpang sesuatu kepada negara-negara Islam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?