Sudah sampai masanya


Sudah sampai masanya, kita buka lebaran baru dalam membaiki kehidupan masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Sudah cukup masa yang sudah dibazirkan untuk perberbalahan yang tidak memberi faedah kepada kelangsungan dan kemajuan umat Islam di Malaysia.

Sudah cukup masa yang dilaburkan untuk menyalahkan antara satu sama lain terhadap keadaan kemerosotan dan ketinggalan dalam semua bidang. Hanya masih bergantung kepada kuasa politik yang semakin hari semakin goyah disebabkan oleh perpecahan dan perbalahan yang boleh dibincang antara anak beranak tanpa melibatkan orang lain yang mempunyai agenda untuk melemahkan dan mahu melihat kita berpecah dan bersengketa hatta dalam masalah yang melibatkan kepentingan kita pun masih lagi boleh bersengketa.

Sudah sampai masanya untuk kita tidak hanya bergantung kepada slogan perlembagaan masih menjamin Melayu dan Islam. Tetapi realitinya kuasa ekonomi dimonopoli dan dibolot oleh orang lain.

Sudah sampai masanya, kita melakukan sesuatu untuk menyelamatkan situasi kelemahan ini kepada amal yang membina dengan bersama-sama berganding bahu memperkukuhkan keperipadian muslim, menguatkan institusi keluarga, mengimarahkan masyarakat, memperkasa ekonomi ummah dengan hanya membeli barangan keluaran muslim, menambahbaik institusi Islam dan kuasa umat Islam dalam negara dan memastikan umat Islam terus bekuasa memegang tampuk kekuasaan negara, kerana umat Islam telah melalui pengalaman yang amat panjang keperitan dan kemudaratan apabila mereka berada di bawah pemerintahan bukan Islam.




Dr. Razali Musa
Yang Dipertua
Ikatan Muslimin Malaysia
Cawangan Kuala Terengganu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?