Sukan memanah pupuk cinta kepada Rasulullah S.A.W.


BATU PAHAT, 18 Nov – Memupuk semangat cinta kepada baginda Rasulullah, dan mengikuti sunnahnya menjadi objektif utama 41 penuntut wanita Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan menyertai aktiviti sukan memanah.Buat julung kalinya Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Batu Pahat, Johor melalui pakej rekreasi menganjurkan sukan memanah khas buat beliawanis yang bertempat di Kem Memanah Ukail baru-baru ini.

Pengarah program, Rabiatul Adawiyah Zawawi berpendapat, sukan memanah merupakan salah satu sukan yang amat ditekankan oleh Rasulullah S.A.W. kerana dapat membina kekuatan tubuh badan terutama otot-otot tangan serta meningkatkan kuasa konsentrasi dengan mengaktifkan peranan otak kanan.

“Dr Yusuf al-Qardhawi pernah berkata, jika seseorang sudah berusaha mencontohi seluruh perilaku Rasulullah saw sehingga tidak berkaitan dengan tuntutan agama tetapi dorongan kecintaannya yang tinggi terhadap Rasulullah S.A.W., ia adalah suatu tindakan yang terpuji,” katanya ketika ditemui.

Rabiatul Adawiyah mengatakan bahawa PEMBINA di Batu Pahat akan mengadakan lebih banyak program menarik buat belia dan beliawanis serta mengalu-alukan orang ramai berdaftar dengan PEMBINA agar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat.


Nur Fahirah Binti Zaidi Azlan 
Wartawan ISMAweb

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?