Tindakan menutup Masjid Aqsa dikutuk


PALESTIN, 31 Oktober – Tindakan rejim Israel menutup Masjid Al-Aqsa seperti yang diumumkan Menteri Keselamatan Awam Israel, Yitzhak Aharonovich diselar dan ditentang sekeras-kerasnya.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan tindakan Israel itu sebagai satu pengisytiharan perang ke atas rakyat Palestin termasuk tempat-tempat suci serta ke atas bangsa Arab dan negara Islam.

Katanya, keputusan menutup masjid Al-Aqsa merupakan satu tindakan yang berbahaya sehingga boleh menimbulkan ketegangan dan ketidakstabilan yang lebih besar.

“Jadi negara Palestin akan mengambil tindakan undang-undang supaya Israel bertanggungjawab dan menghentikan serangan yang sedang berlangsung ketika ini,” kata jurucakap Mahmoud, Nabil Abu Rudeina, lapor media antarabangsa.

Manakala Institusi Wakaf Dan Warisan Al-Aqsa pula telah memberi amaran keras berhubung penutupan Masjid Al-Aqsa sepenuhnya sehingga notis seterusnya dikeluarkan.

Keputusan itu merupakan satu resolusi yang bahaya sejak Masjid ini dirampas dan kejatuhan Jerusalem, dan ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa Masjid Al-Aqsa telah memasuki satu peringkat baru dan lebih kompleks.

Sumber dari institusi itu berkata, dengan penutupan ini ia telah menyebabkan Masjid al-Aqsa menjadi lengang bahkan Muazzin Masjid Al-Aqsa juga telah dihalang daripada memasuki masjid bagi melaungkan azan.

Sehubungan itu, rakyat Palestin yang dihalang masuk ke Masjid al-Aqsa telah bertindak menunaikan kewajipan mereka di lorong-lorong masuk ke masjid itu.

Israel bertindak menutup Masjid Aqsa selepas seorang aktivis Yahudi, Yehuda Glick yang memperjuangkan akses lebih luas penganut Yahudi ke tapak suci itu cedera ditembak oleh seorang lelaki bermotosikal yang kemudian melarikan diri.

Yehuda Glick ini adalah aktivis Yahudi yang paling lantang bersuara meminta supaya kerajaan Israel membahagikan Masjid al-Aqsa kepada dua, sebahagian untuk muslim dan sebahagian lagi untuk Yahudi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?