Tuntutan palsu: 23 kontraktor tak mengaku salah


DUNGUN, 17 November - Seramai 23 kontraktor kelas F termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas 44 tuduhan mengemukakan tuntutan palsu terhadap Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) kepada Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen.

Bagaimanapun kesemua tertuduh yang berusia antara 26 hingga 68 tahun itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mereka dituduh melakukan perbuatan berkenaan terhadap kerja-kerja baik pulih rumah 44 nelayan di sekitar kawasan Parlimen Dungun dan Paka pada November 2011 hingga Januari 2013.

Mengikut fakta kes, mereka didakwa mengemukakan dokumen palsu berhubung kerja membekal bahan keperluan dan menjalankan kerja-kerja baik pulih rumah nelayan bernilai RM9,500 setiap satu unit dengan niat memperdayakan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Dungun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Daerah Dungun.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu  di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sebanyak 12 tertuduh menghadapi satu pertuduhan iaitu Mohd Sari Ngah, 52; Yusof Omar, 39; Enche Baharuddin Enche Endut, 54; Z.Zamri Abdul Manaf, 48; Che Forzi Che Abd Aziz, 49; Mohammad Nizam Wahit, 44; Abd Rahim Awang, 53; Othman Omar, 50, dan Rahim Mohamad, 57; Razali Dollah, 44; Ramadhan Baharuddin, 29 dan Salim Berahim, 51.

Lima didakwa atas dua pertuduhhan iaitu Mohd Zaid Ahmad @ Mat, 50; Fakhrurrazi Nordin, 35;  Norliati Ghani, 44; Mohamad Narawi Daud, 57 dan Shahriman Azam Safie, 37.

Bagi tiga pertuduhan ialah Amir Ismadi Md Ghani, 26;  Shahairi Abd Wahab, 46 dan Abdullah, Embong, 68; manakala empat pertuduhan ialah Ahmad Atma Ali @ Yusof, 42, dan Zakaria Jusoh, 49; sementara Abdul Rashid Muda, 52; untuk lima pertuduhan. - Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?