Umat Islam harus jadi satu jasad
KOTA SAMARAHAN, 23 Nov – “Umat Islam harus menjadi satu jasad, iaitu saling mengambil berat antara satu sama lain,” ujar Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Samarahan.
Semasa ceramah yang bertajuk ‘Apa Erti Saya Menganut Agama Islam’ Abdul Rahman menyeru supaya menjaga ukhuwah sesama masyarakat dan menerapkan nilai- nilai Islam dalam setiap individu.
“Hal ini kerana asas pembentukan masyarakat bermula dari individu. Di samping, peranan individu untuk menegakkan hukum hakam Islam dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian,” katanya di Masjid Taman Samarindah, Kota Samarahan.
Selain itu, beliau berharap agar masyarakat di Sarawak, khususnya di Kota Samarahan dapat menjentik semangat dalam memahami serta mengambil berat fikrah Islam yang disampaikan melalui program-program anjuran ISMA.
Hal ini kerana, ISMA banyak mengupas isu- isu yang berkaitan dengan ancaman- ancaman dan ideologi luar yang menyerang pemikiran masyarakat generasi kini seperti liberalisme, pluralisme, dan hedonisme.
Turut hadir Amiruddin bin Dahlan, Naib Yang Dipertua ISMA Cawangan Samarahan.
Nurul Izzati Zulkafli
Wartawan ISMAWeb
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan