Wanita berjaya, ubah masalah jadi peluang


CHENG, 23 Nov – Orang yang berjaya akan melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan. Manakala orang yang hebat akan menghasilkan impak yang luar biasa apabila melakukan tindakan yang luar biasa, hasil daripada fikiran yang luar biasa.

“Orang yang berjaya sentiasa berfikiran positif, sedar dirinya unik dan yakin dirinya hebat. Tetapi mereka yang gagal adalah mereka yang sentiasa mencari alasan, menyalahkan orang lain dan enggan mengakui kebenaran,” ujar Puan Siti Affiza binti Mohammad, seorang ahli perniagaan yang berjaya di negeri Melaka.

Beliau berkata demikian dalam Bengkel Pengurusan Kewangan anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka baru-baru ini.

Melalui perkongsian tersebut, beliau menyeru kepada peserta untuk mengubah cara pandang masalah sebagai satu peluang dan bukanya fokus pada masalah tersebut.

“Lihatlah masalah itu sebagai satu peluang, bukannya suatu musibah dan jangan ‘energize’ masalah tersebut,”tambahnya.

Tambahnya lagi, setiap peserta perlu pastikan setiap dari perkataan, perbuatan dan perasaan adalah yang positif.

“Tiada langsung tempat untuk perkara negatif. Apabila minda kita sentiasa menyatakan pendapatan kita tidak cukup, maka setiap kali kita mendapat gaji, ia akan habis digunakan untuk membayar ansuran bulanan, bil, hutang, dan makan minum setiap hari,” katanya.

Selain itu, peserta turut diajar pengurusan kewangan secara amali melalui permainan aliran tunai. Di akhir permainan peserta sangat berpuas hati dan berharap agar dapat mengulangi permainan yang bermanfaat ini.

Turut hadir, adalah Ketua Wanita ISMA Melaka, Ustazah Rosita Rejab. Beliau  menyatakan penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada wanita ISMA untuk menguruskan kewangan mereka.

“Dewasa kini ramai orang mengalami kesukaran untuk menguruskan wang sehingga terbabit dengan hutang, penalti dan pelbagai bebanan kewangan,” ujarnya.


Hidayah Ahmad Azam
Wartawan ISMAWeb

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?