Warta fatwa haram SIS – ACCIN sokong MAIS
BANGI, 5 November – Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) menyokong dan mempertahankan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengharamkan pertubuhan Sister In Islam (SIS) kerana didakwa menyebarkan fahaman agama liberalisme dan pluralisme.
Pengerusinya, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, MAIS adalah institusi rasmi agama Islam yang dinaungi oleh baginda Sultan Selangor dalam hal ehwal Islam.
Untuk itu, MAIS berhak memainkan peranannya untuk menyekat mana-mana pertubuhan yang mengancam akidah dan pemikiran umat Islam.
Apatah lagi SIS sudah dikenali sekian lama mendukung ideologi liberal, feminisme, pluralisme dan ia disahkan melalui aktiviti dan pendirian pertubuhan itu sendiri.
“Jadi SIS perlu akur dengan keputusan MAIS selagi mana ia masih mengaku sebagai pertubuhan Islam kerana fatwa haram yang diwartakan oleh MAIS adalah berkaitan orang Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
ACCIN merupakan gabungan 17 NGO Islam termasuk ISMA, Muafakat, ABIM, MACMA dan lain-lain.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan