I-Medik bawa bantuan perubatan bernilai lebih RM10,000 untuk mangsa banjir
BANGI, 29 Dis – I-Medik agensi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang menyertai misi bantuan banjir ke Kuala Krai hari ini membawa sumbangan bantuan kesihatan, perubatan dan peralatan yang bernilai RM10,000.
Naib Presiden II, I-Medik, Prof Madya Dr Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, antara yang dibawa ialah PCM (tablet dan sirap untuk kanak), ORS, ubat batuk, antibiotik dan krim jangkitan kulit.
“Turut dibawa ialah ubat penahan sakit (analgesic), lebih 200 set ‘hyiegenic kit’ dan lebih 10 set rawatan kecemasan.
“Itu semua adalah sumbangan dari pelbagai pihak. Terdapat klinik persendirian dan klinik pergigian yang banyak menyumbang.
“Pihak surau serta orang perseorangan juga turut serta membeli secara pukal barangan kesihatan ini,” jelasnya yang turut menyertai misi ke Kuala Krai ini.
Kata beliau sebagai ibu yang mempunyai 6 orang anak, anak anak telah dimaklumkan tentang misi ini dan mereka memahami nasib mangsa banjir.
“Kami beruntung mempunyai keluarga yang memahami, sahabat handai aktivis dakwah dan jiran-jiran yang sangat prihatin,” luahnya kepada wartawan.
Turut serta dalam misi ini ilah suaminya sebagai Setiausaha Agung I-Medik, Prof Dr Azizi Ayob. Seorang lagi yang turut serta ialah Pegawai Perubatan dan aktivis I-Medik, Dr Zaid Dato Rosli.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan