ISMA hantar misi bantuan ke Temerloh


BANGI, 27 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama seluruh jenteranya meneruskan misi bantuan banjir ke Temerloh petang ini.

Pegawai Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi berkata, misi ini adalah bagi menghantar bekalan makanan dan sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir di sana.

Ujar beliau, misi ini telah bertolak 3.45 petang tadi dan dijadualkan akan kembali pada petang esok.

Seramai 11 orang briged bakti dari Persatuan Belia Islam Nasional akan menyertai misi ini.

Semalam, ISMA juga telah menghantar lebih 3 tan barang bantuan ke Kemamam berupa makanan, pakaian dan barang keperluan lain untuk mangsa-mangsa banjir.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?