Kepentingan kontrak sosial – Tajuk pertama kempen pendidikan politik ISMA


BANGI, 1 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melalui Biro Politik sedang mengadakan kempen pendidikan politik kepada masyarakat awam dengan menerbitkan sebuah risalah bertajuk ‘Kontrak Sosial’.

Kempen yang bermula sejak Jumaat minggu lepas dijalankan dengan aktiviti mengedarkan risalah tersebut di masjid-masjid seluruh negara dan ia juga dimuatnaik di laman sosial.

Risalah itu antara lain menyebut mengenai definisi sebenar kontrak sosial, kedudukan kontrak sosial dalam perlembagaan, sejarah pembentukan kontrak sosial dan kesimpulan yang merupakan seruan ISMA kepada masyarakat berkenaan perkara ini.

“Orang bukan Melayu tidak ada hak untuk mempersoalkan agama Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Mempersoalkan keempat-empat perkara di atas seolah-olah mempersoalkan status kewarganegaraan yang mereka nikmati hari ini.

“Kita sebagai rakyat Malaysia wajib mempertahankan perlembagaan yang ada. Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini tidak akan dapat dikekalkan jika sebahagian daripada kita sendiri yang mengganggu-gugat asas kepada pembentukan negara Malaysia yang tercinta ini,” kata risalah itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian