NAZIM Perlis jayakan Kem Huffaz Cilik 2014


KUALA PERLIS, 15 Dis – Kelab Nadi Al-Azim (Anak-anak Hebat) (NAZIM) Cawangan Perlis dengan kerjasama Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) ISMA Perlis telah menjayakan Kem Huffaz Cilik (KHC) 2014 di Masjid Al-Hussain.

KHC dijalankan pada setiap penghujung tahun cuti sekolah supaya masa anak-anak ini dapat dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti berbentuk fizikal, jasmani, rohani, intelek mahupun emosi.

Kem yang berlangsung selama 8 hari ini menjalankan aktiviti utama seperti hafalan surah dan doa pilihan. Turut diadakan senaman pagi, jejak sirah, explorace, sukaneka, tayangan video, dan origami.

Menurut Ketua NAZIM Cawangan Perlis, Ustazah Fatin Ellina bt Suhaimi, tujuan program ini adalah untuk menanam minat anak-anak mendekati, mendalami dan menghafal al-quran sejak kecil. Selain itu, suasana soleh dapat diwujudkan untuk anak-anak berinteraksi seterusnya memantapkan jati diri yang mulia dan berketerampilan.

“Kem ini berjaya mendapat tempat di hati ibu bapa peserta kerana anak-anak mereka berasa gembira dan seronok dengan aktiviti yang disediakan. Terserlah kesedihan di wajah anak-anak tatkala program ini sudah sampai ke penghujungnya dan berharap program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang,” katanya.

Para peserta turut dibawa berjalan di sekitar Alor Setar pada hari terakhir kem. Antara destinasi menarik yang dikunjungi ialah Pusat Sains, Muzium Padi dan Menara Alor Setar.

Ikhwan Hazim bin Hilmi dan Husna Nayli binti Ahmad Nazam dipilih sebagai peserta terbaik, manakala Najwan Munif bin Mursyid dan Safeeya Azzahra bt Zoolhilmy dipilih sebagai peserta hafazan terbaik.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian