Rahsia kemenangan Gaza


KOTA SAMARAHAN, 22 Dis – “Allah mencampak rasa takut ke dalam hati orang kafir, itulah kunci rahsia kemenangan kita,” ujar saudara Zainizam bin Zawawi, Pengerusi Aman Palestin Cawangan Sarawak dalam sesi ceramah pada program ‘Jiwaku Untuk Palestin’ di Kampung Meranek, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, jika dibandingkan dengan senjata dan alatan perang, tentera Zionis jauh lebih maju namun dengan berbekalkan keyakinan kepada Allah dan semangat untuk membela Islam, tentera al-Qassam sangat kuat dan berlawan bermati-matian sehingga menimbulkan rasa takut dan gerun dalam hati tentera Zionis.

“Sebagai saudara sesama Islam, apa yang dapat kita lakukan adalah dengan mendoakan supaya usaha mereka beroleh kemenangan ke atas rejim Zionis serta kekejaman yang berlaku terhadap penduduk di Gaza dapat dihentikan.

Di samping itu, kita juga boleh memberikan bantuan dan sumbangan untuk membantu mereka daripada segi kebajikan,” katanya.

Turut hadir ialah Rasheedan bin Elin, Ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Samarahan, penduduk Kampung Meranek dan sekitarnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian