Wanita perlu menjaga kesihatan


SEREMBAN, 12 Dis – Golongan wanita adalah disaran untuk lebih komited dalam menjaga perihal kesihatan diri.

Demikian kata Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustazah Norlida Kamaruddin semasa ucapan perasmian  Seminar Fiqh Wanita : Pendarahan dan Kesihatan kelmarin.

“Wanita perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan diri bukan sahaja ketika mengandung atau pun ketika berpantang sahaja. Ini kerana tugas wanita pada masa kini bukan sahaja menjaga kebajikan keluarga bahkan turut membantu suami mencari nafkah,” ujarnya.

Menurut ustazah lagi, impak yang sangat besar akan dirasai oleh setiap ahli keluarga sekiranya seorang ibu yang menjadi tulang belakang keluarga jatuh sakit.

“Sekalipun sibuk bekerja dan menjaga keluarga dan rumahtangga, wanita seharusnya cakna mengenai perihal kesihatan; menjalani pemeriksaan berkala, bersenam secara konsisten serta mengambil secara serius nutrien serta zat dalam pemakanan,” ujarnya

Seminar Fiqh Wanita : Pendarahan dan Kesihatan Wanita ini adalah anjuran biro Wanita ISMA Cawangan Seremban yang turut menjemput pakar sakit puan, Dr. Alinawati Mohd Ali dan juga penolong Mufti di Jabatan Mufti N. Sembilan, Ustazah Razidah Adam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian