Yayasan Ikhlas: Bantuan tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ2)


KOTA BHARU, 28 Dis - Bantuan untuk mangsa banjir tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab pagi tadi.

Menurut Ustaz Sharipudin Ab Kadir, barangan keperluan asas adalah antara yang disumbangkan.

“Alhamdulillah. Pada hari ini kita telah menghantar bantuan ke Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu.

Makanan seperti gula, biskut, sardin, tea, dan air minuman antara keperluan asas yang disumbangkan,” katanya yang mengetuai Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir Pantai Timur.

Katanya lagi, bantuan air minum amat diperlukan kerana sumber air paip telah terputus untuk tiga hari.

Pada masa yang sama, seluruh kawasan hospital sudah ditenggelami air.

Teruskan sumbangan anda di Akaun Bank CIMB Islamik Yayasan Ikhlas: 8600 601 366.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?