Yayasan Ikhlas hulur bantuan di lima pusat penempatan Temerloh
BANGI, 27 Dis – Berikutan peningkatan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan, Yayasan Ikhlas terus menghulurkan bantuan ke lima pusat penempatan di Temerloh.
Misi bantuan ini telah bergerak jam 4 petang dan tiba di Temerloh jam 8.30 malam malam kelmarin.
Ujar YDP ISMA Temerloh, Ustaz Nizam, misi ini memilih lima kawasan penempatan untuk menyalurkan bantuan. Namun setakat ini hanya dua kawasan yang boleh dimasuki.
Manakala tiga kawasan tidak dapat dikunjungi kerana paras air makin tinggi.
Untuk permulaan, semalam bantuan makanan dan keperluan asas yang lain telah diserahkan di pusat pemindahan SMK Jalan Bahagia.
Lagi empat penempatan ialah SK Temerloh Jaya, SMK Bukit Cermin, SMK Kerdau dan SMK Kuala Kerau.
Tambah Ustaz Nizam, keadaan di Temerloh kini semakin kritikal.
“Air naik agak cepat dan kebanyakan perkampungan dah ditengelami air.
“Bandar Temerloh lumpuh sama sekali,”ujar beliau ketika dihubungi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan