Yayasan Ikhlas lancar misi tiga hari ke Pantai Timur


KEMAMAN, 23 Dis – Berikutan banjir di Pantai Timur yang semakin buruk, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bersama Yayasan Ikhlas kini mulai melancarkan misi bantuan.

Misi ini telah dilaksanakan sejak dua hari lalu dengan mengagihkan bantuan makanan, minuman dan keperluan lain seperti tuala, pakaian dan katil kepada lebih dari 1500 mangsa banjir sekitar Pengkalan pandan, Air Putih, Seberang Tayoh dan Bukit Mentok.

Menurut Pegawai Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi, misi bantuan banjir ini akan diteruskan lagi pada 25 Disember dengan membawa lebih banyak sumbangan dari rakyat Malaysia serta tenaga sukarelawan daripada PEMBINA dan Team Ikhlas.

“Misi ini akan berada di sana selama tiga hari bagi membantu menyalurkan bantuan tenaga dan makanan kepada mangsa banjir.

“Untuk itu, segala sumbangan rakyat Malaysia dalam bentuk barang kering atau wang tunai sangat dialu-alukan buat masa ini,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Yayasan Ikhlas di akaun bank CIMB di no akaun : 8600 601 366. Segalan rujukan atau pertanyaan, boleh berhubung dengan pegawai Yayasan Ikhlas di talian 012-9790211 (En. Syafiq Syahmi).

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian