BLN Shah Alam anjur LASAK
KUALA KUBU BHARU, 20 Jan – Biro Luar Negara (BLN) Cawangan Shah Alam telah menganjurkan program LASAK baru-baru ini di Lata Medang.
Program ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan di antara ahli sambil menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi.
Menurut pengarah program ini, Ustaz Muawwidz Al-Ansori bin Dzulkefli, program LASAK ini juga bertujuan meningkatkan kesihatan sambil menghirup udara segar.
“Kesihatan pelajar boleh dilihat agak tidak menentu kerana kurangnya gaya hidup yang sihat disebabkan oleh masa banyak dihabiskan di hadapan monitor computer berbanding di taman-taman atau di padang bola,” katanya.
Ustaz Muawwidz yang juga Imam Masjid Al-Ikhlas seksyen 13 Shah Alam berkata, pemuda pada masa sekarang sudah kurang meminati aktiviti-aktiviti lasak tetapi lebih berminat untuk duduk di hadapan televisyen.
Tambahnya, tabiat sebegini bukan sahaja membazirkan masa malah tidak baik untuk kesihatan.
“Oleh yang demikian, kami dari Biro Luar Negara cawangan Shah Alam amat berharap dengan penganjuran program LASAK ini dapat serba sedikit meningkatkan kesihatan ahli kami yang masih belajar dan seterusnya membantu mereka dalam memperoleh keputusan cemerlang,” ujarnya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan