Briged Bakti PEMBINA bantu bersihkan asrama Maahad Darul Anuar


BANGI, 2 Jan – Seramai 27 orang sukarelawan Briged Bakti Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) membantu membersihkan dua bangunan asrama Maahad Darul Anwar di Pulau Melaka, Kelantan.

Sukarelawan Bakti, Muhammad Luqman Shariffudin ketika dihubungi berkata, misi pembersihan bermula sejak 10 pagi tadi dan masih berjalan ketika ini.

“Banyak barang yang rosak antaranya almari, meja, kerusi, katil,” katanya ketika dihubungi.

Misi bantuan banjir ini dikelolakan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Briged Bakti PEMBINA.

Misi ini turut membawa makanan, pakaian, alat pembersihan seperti pam air dan ubat-ubatan.

Maahad ini milik Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kini diusahakan anaknya, Ustaz Nik Abdul Rahim Nik Abdul Aziz yang merupakan Yang Dipertua (YDP) ISMA Kota Bharu.

Turut serta membersihkan bangunan asrama ialah rombongan ISMA Melaka yang diketuai oleh Yang Dipertua ISMA Melaka Amru Iskandar Burhan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?