I-Medik buka ‘klinik beratapkan langit’ di Manek Urai
Beliau yang menyertai misi bantuan I-Medik ke Kuala Krai sejak dua hari lalu berkata, pihaknya tidak menang tangan diserbu oleh pesakit tanpa henti sepanjang hari di Manek Urai.
“Mereka sangat memerlukan ubat. Jadi apa yang dapat kami lakukan ialah membuka klinik beratapkan langit,” ujar beliau.
Misi I-Medik ke Kuala Krai ini turut disertai Setiausaha Agung I-Medik, Prof Dr Azizi Ayob dan Pegawai Perubatan dan aktivis I-Medik, Dr Zaid Dato Rosli.
Ujar Prof Dr Azizi Ayob pula, kebanyakan mereka yang datang akan bertanya, ‘Doktor, ada panadol?’
“Ini bukan soalan sebenarnya, ianya lebih kepada ‘rayuan’ pesakit yang saya jawab “ada” tanpa sedikit pun saya bertanya untuk apa.
“Walaupun mengikut ‘Guide to Good Prescribing’, saya menyalahi prinsip rawatan yang saya pelajari.
“Tetapi mereka sangat memerlukan bekalan ubat-ubatan asas terutamanya sebahagian besar datang tanpa alas kaki, sekiranya berselipar pasti mengalami ‘kulat air’ akibat terendam lama dalam air banjir,” katanya.
Dalam misi ini mereka membawa ubat-ubatan seperti PCM (tablet dan sirap untuk kanak), ORS, ubat batuk, antibiotik dan krim jangkitan kulit. Selain itu ialah ubat penahan sakit (analgesic), lebih 200 set ‘hyiegenic kit’ dan lebih 10 set rawatan kecemasan.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan