Kenapa Eric tak pilih dialog sebelum tuduh Jakim?


BANGI, 19 Jan – “Tak perlu layan dia. Buat apa nak jumpa dengan orang yang tuduh institusi Islam (Jakim) yang bukan-bukan.”

Demikian respon Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim berhubung cadangan debat antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen.

“Jadi tindakan Jakim menolak debat adalah tepat sekali. Orang seperti itu tidak perlu dilayan langsung,” tegasnya ketika dihubungi ISMAweb.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha telah menyatakan bahawa ketika ini bukan masa yang sesuai untuk berdebat memandangkan polis masih menyiapkan kertas siasatan ke atas Eric.

Eric sebelum ini telah menuduh Jakim melalui Twitternya dengan mendakwa Jakim mempromosikan ekstremisme melalui khutbah Jumaat.

Soal Ustaz Zamri, mengapa Eric tidak berjumpa dulu dengan Jakim sebelum mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum itu?

“Kalau Eric percaya bahawa dialog itu jalan terbaik mengapa ia tidak melakukannya sejak awal lagi.

“Jadi sekarang, tunggu sahaja keputusan dari pihak berkuasa,” katanya yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Cawangan Ipoh.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?