Kerajaan didesak tarik balik visa percuma


BANGI, 20 Jan – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini mendesak kerajaan untuk menarik balik pemberian visa percuma (VFF) kepada pelancong dari China yang masuk ke negara ini.

Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, dalam keadaan penguatkuasaan yang masih lemah, pemberian visa percuma itu akan hanya membuka ruang kemasukan pendatang asing yang tidak sah.

“Kita sememangnya mengalu-alukan kedatangan pelancong asing samada dari China atau mana-mana negara.

“Tetapi ia mesti dikenakan visa berbayar untuk memudahkan pemantauan,” tegasnya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Perdana Menteri pagi ini berkenaan pemberian visa percuma kepada pelancong dari China yang bertujuan menggiatkan industri pelancongan negara.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ada memaklumkan bahawa pemberian VFF ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mencapai sasaran menarik 29.4 juta pelancong ke negara ini bersempena Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest 2015).

Bidas Haji Aminuddin, keghairahan kerajaan untuk mencapai sasaran kedatangan pelancong tidak harus menggadaikan masa depan negara.

Ketika ini jumlah pendatang asing di negara ini sudah terlalu ramai dan tidak dikenal pasti jumlah mereka yang masih berada dalam negara.

“Warga asing sudah melimpah ruah dalam negara samada yang berdaftar mahupun tidak.

“Jadi adakah kerajaan mahu meneruskan pemberian visa itu dan terus membuka ruang untuk pendatang asing?” soalnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?