KLS 2015 bimbing halatuju selepas SPM


BANGI, 18 Jan –  Wartawan ISMA Hulu Langat sempat menemubual dua orang peserta Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2015 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Hulu Langat dan PEMBINA Bangi iaitu adik Fatin Maisarah dan Nur Syahirah.

Kedua-duanya berumur 18 tahun dan merupakan bekas pelajar SMK Bandar Baru Salak Tinggi.

Bagi adik Fatin Maisarah, 18 beliau rasa sangat bersyukur dapat menyertai program ini kerana ia memberi panduan kepadanya tentang halatuju selepas SPM.

“Sebelum ini, saya tidak tahu untuk memilih  haluan samada ke kolej matrikulasi, diploma ataupun STPM. Namun, selepas menyertai program ini, saya berjaya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke kolej matrikulasi.”

Beliau juga berminat untuk menjadi ahli PEMBINA dan ingin mengambil pakej Bakti kerana  berminat menjadi seorang sukarelawan.

Bagi adik Nur Syahirah, 18 beliau sangat meminati pakej Rekreasi yang ditawarkan PEMBINA.

Kedua-dua mereka juga sangat berminat untuk menyertai pakej Tarbiah iaitu dengan menyertai usrah dan program-program keagamaan yang lain kerana ia dapat mendidik mereka menjadi remaja yang berjaya di dunia dan akhirat, serta dapat mengelakkan mereka daripada terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang boleh merosakkan diri mereka.

Program KLS 2015 yang bertempat di Kolej Keris Mas, UKM Bangi ini telah berjaya menarik peserta melebihi 200 orang dari kawasan sekitar Bangi dan Kajang.


Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?