KLS beri pendedahan kehidupan di universiti


BANGI, 20 Jan-  “Peranan remaja adalah menjadi pemangkin masa depan negara. Akan tetapi cabaran remaja hari ini sangat besar iaitu krisis identiti dan serangan pemikiran seperti ideologi liberalisme, pluralisme yang menimpa umat Islam khususnya bangsa Melayu telah menular pada tahap yang membimbangkan,” ujar Ibrahim Sharkawi, Pengarah Karnival Lepasan Sekolah (KLS 2015).

KLS 2015 merupakan anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM), Cawangan Hulu Langat dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Bangi.

Ibrahim berkata, kepincangan yang berlaku terhadap kehidupan remaja hari ini menuntut masyarakat untuk memberi satu solusi bagi mereka supaya menjadi remaja yang lebih baik dan tidak menghabiskan masa dengan aktiviti yang melalaikan.

Tambahnya lagi, KLS merupakan medium terbaik untuk pelajar lepasan sekolah merancang masa hadapan.

“KLS merupakan salah satu platform terbaik untuk para remaja mencorak perancangan kehidupan mereka sebelum masuk ke alam yang lebih mencabar seperti di universiti dan sebagainya,” ujarnya.

Program yang dihadiri peserta dari seluruh Lembah Klang telah diadakan di Dewan Seminar Kolej Keris Mas, UKM yang bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pihak penganjur mengharapkan agar para remaja lepasan SPM yang hadir, memanfaatkan sepenuhnya program ini dengan mengambil seberapa banyak input dan maklumat sebagai panduan perancangan masa depan supaya setiap keputusan yang dilakukan oleh para peserta dipandu oleh kaedah yang sewajarnya.



NURUL HAJJAR BT ATAN
Wartawan ISMA DHL

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian