KRIM sertai misi bantuan banjir 2014

Di penghujung tahun 2014, negara kita telah diuji dengan ujian bencana alam iaitu banjir terutama di kawasan negeri Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Di Perak pula, Kuala Kangsar menjadi tumpuan kerana juga turut mengalami banjir yang agak teruk.

Sepanjang tempoh bencana ini, kawasan-kawasan tersebut mengalami kemusnahan harta benda yang agak banyak. Pelbagai persatuan tampil ke hadapan untuk memberi bantuan samada dari segi kewangan dan juga material seperti makanan, pakaian dan macam-macam lagi.

Kelab Remaja Ikatan Muslimin (KRIM) juga tidak terkecuali untuk bersama-sama tampil ke hadapan untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Dengan kerjasama bersama Yayasan Ikhlas, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Briged Bakti PEMBINA, dan i-MEDIK, KRIM turut membantu menyumbang tenaga untuk menyebarkan maklumat berkenaan misi bantuan,  mengumpul barangan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir, membersihkan kawasan yang terjejas kerana banjir dan lain-lain.


Alhamdulillah, sambutan amat memberansangkan daripada pelbagai pihak yang turut ingin berkongsi merasai kesedihan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. Banyak pihak menghulurkan bantuan dengan mendermakan barangan keperluan di Pusat Pengumpulan Barang Asasi seluruh negeri dalam Malaysia.


Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Gambar-gambar berikut menunjukkan ahli-ahli KRIM bersama Sukarelawan yang memerah keringat memberi bantuan kepada mangsa banjir.


Salah seorang ahli KRIM Alor Setar sedang memberikan maklumat berkenaan misi bantuan di Pusat Pengumpulan Barang Bantuan Mangsa Banjir di Giant Alor Setar.


Sukarelawan ahli Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) sedang menyumbang tenaga membantu menyediakan barangan keperluan di pusat bantuan banjir Yayasan Ikhlas.


Selain bekerjasama dengan Yayasan Ikhlas dalam menyediakan barangan keperluan untuk mangsa banjir, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pahang juga melaksanakan aktiviti bersama kanak-kanak untuk mengisi masa mereka dengan pelbagai program menarik.


KRIM Kajang bertungkus lumus membantu membersihkan masjid, balairaya dan tadika di Kampung Fikri Kemanan

KRIM mendoakan semoga mangsa-mangsa banjir terus bersabar dengan ujian yang ditempuhi.

Sabda Nabi SAW: Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya. ( HR Muslim)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?