New South China – Hidupkan semula agenda komunis


BANGI, 17 Jan – Tindakan seorang pengguna laman facebook yang memuat naik status yang mencadangkan nama Malaysia ditukar kepada New South China adalah satu tindakan menghidupkan semula agenda komunis.

Pengkaji politik Cina Luqman Abdul Hamid dalam tulisannya yang bertajuk ‘New South China idea lama, tanda cauvinisme menebal’ yang disiarkan di ISMAweb berkata, pihak komunis memang berhajat menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan ke-20 bagi Republik Rakyat China Komunis.

Menurutnya, fakta ini dicatat oleh Aloysius Chin dalam buku bertajuk The Communist Party of Malaya The Inside Story.

Tambahnya, dokumen kongres Parti Komunis Malaya yang ketiga juga menjelaskan bahawa komunis mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai orde komunis dunia yang bernaung di bawah Rusia dan China.

Baru-baru ini seorang remaja Cina bernama Zi Wong Liang Derek mencadangkan supaya nama Malaysia ditukar kepada New South China di satu status facebooknya.

Dia menulis “melayu anjing, cina berjaya di malaysia, mcm mane jike name malaysia kite kasih padam jd New south china???”

Tidak lama kemudian, Exco Pemuda Umno Malaysia Mohd Rafiq Naizamohideen dan wakil Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Melaka serta Pertubuhan Pemikir Muda (PPM) Melaka membuat laporan polis di Balai Polis Banda Kaba, Melaka.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?