Siasatan kes Eric Paulsen perlu konsisten – JMM


BANGI, 15 Jan – Siasatan berhubung kes Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang menuduh JAKIM mempromosi fahaman ekstremis perlu konsisten bagi memastikan agama Islam terus terpelihara dan dilindungi.

Menurut Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, penyiasatan kes tersebut perlu konsisten dan bukan hanya sekadar untuk kepentingan politik.

“Apa yang lebih penting ia perlu bersifat untuk memastikan bangsa dan agama kita terus dilindungi,” katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh memberitahu Bernama kertas siasatan akan dihantar secepat mungkin kepada Jabatan Peguam Negara, mungkin hari ini (Khamis).

Kata Azwanddin, perlu dipastikan tindakan diambil ke atas Eric.

“Buktinya jelas dia cuba memfitnah dan melakukan provokasi jahat dengan niat melakukan perpecahan dalam negara.

“Saya pasti, jika tiada tindakan yang diambil terhadapnya selepas ini, saya yakin akan lebih ramai yang akan melakukan perkara yang sama seperti Eric,” jelasnya ketika dihubungi.

Perkara yang sama diutarakan Pengerusi PEMBELA, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin sebelum ini dengan menyeru Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memandang serius kes ini.

Kata beliau, kalau dibiarkan kes ini tanpa tindakan, pasti selepas ini kejadian seumpama akan berlaku.

“Lebih daripada itu, ia akan melahirkan lebih ramai ekstremis yang membenci Islam dan penguatkuasaan undang-undang Islam di negara ini,” ujarnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?