Tak salah cakap Melayu pendatang, kes Tan Lai Soon tidak diteruskan


BANGI, 5 Jan – Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan bahawa kes ahli parti Gerakan Johor Tan Lai Soon yang mengatakan ‘Melayu juga pendatang’ tidak diteruskan.

Menurut surat Keputusan Penyiasatan Kes bertarikh 19 Disember 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman yang ditujukan kepada pengadu Aminuddin Yahaya, penyiasatan polis terhadap pengaduan telah selesai dijalankan.

“Kertas siasatan berkaitan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 8 Disember 2014. Setelah mengkaji kertas siasatan, Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan kes tidak diteruskan.”

Untuk rekod, pada 20 Oktober 2014, Timbalan Presiden ISMA Aminuddin Yahaya yang juga Timbalan Pengerusi PEMBELA telah membuat laporan polis ke atas Tan di Balai Polis Daerah Dang Wangi bersama NGO-NGO Islam yang lain.

Aminuddin mahu pihak pendakwaraya mendakwa Tan Lai Soon di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan biadap dan menghasut apabila mengatakan Melayu juga adalah pendatang dalam satu perhimpunan parti Gerakan.


Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian