Tuan Guru Nik Aziz boleh makan dan minum pagi ini
KOTA BHARU, 21 Jan – Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah boleh makan dan minum pada pagi ini.
Anaknya Ustaz Nik Abdul Rahim yang merupakan Yang Dipertua ISMA Kota Bharu berkata kepada ISMAweb, pada jam 11.45 malam tadi Tuan Guru Nik Aziz sudah mula memberi tindak balas dengan membuka mata dan menggerakkan kepala.
Beliau dimasukkan kepada Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) petang semalam atas nasihat doktor.
Pada malam tadi, ahli keluarga terdekat berkumpul di hospital. Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pimpinan parti serta Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob turut menziarahi beliau.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V juga hadir menziarahi Tuan Guru Nik Aziz kira-kira jam 11 malam tadi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan