Karnival Lepasan Sekolah Kelantan menutup KLS 2015


LUNDANG, 14 Februari – Karnival Lepasan Sekolah Kelantan yang diadakan di Dewan Balai Islam Lundang hari ini meriah dengan kehadiran peserta-peserta dan aktiviti-aktiviti menarik dan bermanfaat. Seramai 430 orang pelajar-pelajar lepasan sekolah yang kebanyakannya sudah menghabiskan peperiksaan tertinggi persekolahan dan sedang menunggu kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta menghadiri karnival yang penuh informasi dan interaksi ini.

Bermula seawal 8 pagi, karnival yang padat dengan pengisian dan informasi ini menarik minat para peserta yang rata-ratanya masih lagi belum memutuskan bidang kerjaya mana yang akan diceburi

Karnival ini adalah anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Kelab Remaja ISMA (KRIM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Malaysia (I-Medik), Aman Palestin dan Yayasan Ikhlas dan Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK). Karnival ini telah dirasmikan oleh Pengarah JAHEIK, Dato Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh dan seterusnya diisi dengan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat seperti ceramah “My Career, My Ummah”, forum “Campus Life” dan “Career Show” yang kesemuanya disampaikan oleh profesional-profesional pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, perguruan, perniagaan dan keusahawanan serta banyak lagi.

Sebelum karnival ini berakhir pada pukul 6 petang, para peserta berpeluang mengunjungi meja-meja pameran kerjaya serta bertanya kepada profesional-profesional yang terlibat berkenaan bidang kerjaya masing-masing yang diminati.

Semoga para peserta yang terlibat dapat mengambil pelajaran dan menjadikannya sebagai motivasi apabila berjaya memasuki alam institusi pengajian tinggi seterusnya berusaha gigih untuk memajukan diri sendiri demi agama, bangsa dan negara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?