Ayah kepada dua ahli ISMA hilang sejak malam tadi


BANGI, 23 Mac – Ayah kepada dua ahli ISMA dilaporkan hilang sejak malam tadi.

Tengku Nikman Tengku Mahmud, 60 tahun, disedari hilang oleh pihak keluarga kerana tidak pulang ke rumah selepas keluar menghantar rakan ke stesen LRT Tun Razak.

Menurut menantunya Ustaz Muhammad Ali, sehingga tengahari tadi akaun media sosial mangsa (whatsapp) masih aktif namun panggilan telefon tidak dijawab apabila dihubungi.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kajang oleh pihak keluarga.

Tengku Nikman adalah ayah kepada dua ahli ISMA iaitu Tengku Nur Aqilah dan Tengku Nur Nabihah.

Mangsa keluar dengan berpakaian kemeja T berkolar berwarna hitam putih dan berseluar jeans.

Mereka yang melihat atau menemui mangsa diminta menghubungi pihak polis berdekatan atau menghubungi pihak keluarga di talian 013-3841802 (isteri) dan 011-16220168 (Syahmi).


Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian