Barisan Jawatankuasa Pusat ISMA 2015-2017
BANGI, 24 Mac – Mesyuarat Agung ISMA ke-14 baru-baru ini sebulat suara memberi mandat yang padu kepada Tuan Haji Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman untuk terus memimpin ISMA sebagai Presiden.
Ustaz Abdullah telah menang tanpa bertanding apabila semua cawangan sebulat suara mencalonkan beliau sebagai Presiden.
Mesyuarat yang diadakan di Dewan Angkasa, Kelana Jaya itu turut memilih Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA yang baharu bagi sesi 2015-2017.
Ia diperkukuhkan dengan 12 orang tokoh yang telah lama berkhidmat kepada masyarakat melalui ISMA dan agensi-agensinya.
Berikut ialah keputusan Pemilihan Jawatankuasa Pusat ISMA sesi 2015-2017
1. Presiden : Ustaz Haji Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman, SMT
2. Timbalan Presiden : Tuan Haji Aminuddin Bin Yahaya
3. Naib Presiden 1 : Ustaz Muhammad Fauzi Bin Asmuni
4. Naib Presiden 2 : En Abdul Rahman Bin Mt Dali
5. Naib Presiden 3 : Prof Madya Dr Haji Zainurrashid Bin Zainuddin
6. Ketua Wanita : Ustazah Dr Norsaleha Binti Mohd. Salleh
7. Ahli JKP : Ustaz Haji Mohd Hazizi Bin Ab Rahman
8. Ahli JKP : Ustaz Haji Mohd. Rusdi Bin Alias
9. Ahli JKP : Ustaz Haji Mohamad Bin Ismail
10. Ahli JKP : Dr Haji Ahmad Kamsani Bin Samingan
11. Ahli JKP : Dr Kamil Azmi Bin Tohiran
12. Ahli JKP : Tuan Haji Mohamad Nor Sazelim Bin Mohamad
13. Ahli JKP : Puan Hajjah Nor Hasimah Binti Ibrahim
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan